Plot Terbaik dari Langit (filem)

Zelda dan Ijam ketika ditemuramah wartawan.

Berg (Bront Palarae), seorang pembikin filem avant-garde bersama empat rakannya, Ijam (Iedil Putra), Toyu (Amerul Affendi) dan Ali (Megat Sharizal) bersama pelakon baru Sofia Jane (Nadiya Nisaa), memulakan pengembaraan ke sebuah lokasi di mana di situlah dia telah menyaksikan apa yang dia percaya sebagai sebuah UFO sekitar 15 tahun lalu. Berg yakin dia akan dapat mencari UFO yang telah dilihatnya ketika dia dan rakan-rakannya keluar dari kawasan sekolah asrama di waktu malam.Dia merahsiakan penyakit kanser otak tahap keempat yang dihidapinya daripada rakan-rakannya. Ini mungkin peluang terakhirnya untuk membikin filem. Berg terpaksa mengambil ubat penahan sakit sepanjang perjalanan.

Rakannya Ijam, seorang selebriti, mengikuti pengembaraan ini sebelum pernikahannya dengan Zelda (Siti Saleha), yang merupakan anak kepada seorang usahawan berjaya.Toyu, rakan Berg yang berkulit gelap pula seorang yang lemah lembut dan sensitif. Toyu telah meninggalkan impiannya untuk menjadi seorang pelukis kerana kerjayanya sebagai seorang guru.Ali, yang tidak menamatkan persekolahannya kini seorang usahawan kecil-kecilan. Perniagaannya kurang memberangsangkan, dan kini menghadapi kewangan. Hanya Ali sahaja yang tahu tentang penyakit kanser Berg.

Sofia Jane, seorang pelajar bidang perubatan turut sama dalam perjalanan ini selaku pelakon filem pendek itu. Pada mulanya, semuanya kelam kabut dan mereka mula mempertikaikan kebolehan Berg mengarah. Keadaan semakin tegang apabila Ijam jelas masih tidak memaafkan Ali kerana telah mengakibatkan dia digantung sekolah dulu. Keadaan menjadi lebih tegang apabila UFO yang dinanti-nantikan tidak muncul di tempat yang telah Berg jangkakan. Berg mahu terus mencuba, dan meneruskan perjalanan ke sekolah menengah asal mereka.

Ketika mereka berpecah, Sofia Jane mula membakar semangat Toyu untuk berani memberikan pendapat. Ijam pula telah didesak oleh Sara (Sharifah Amani) untuk hidup dengan hala tuju sendiri. Berg,yang berjalan kaki untuk ke sekolah lamanya, telah disertai oleh Ali yang bertekad untuk menghabiskan filem ini.Meeka kemudiannya disertai semula oleh anggota kumpulan yang lain.

Mereka melakukan satu pengambaraan terakhir di sekolah alam mereka. Selepas habis shot terakhir, sebuah UFO muncul dan menculik Berg.

Selepas sekian lamanya, filem mereka itu telah ditayangkan kepada umum di pawagam.Selepas para penonton keluar dari pawagam, kelihatan cahaya keluar dari pawagam tersebut, menandakan kehadiran UFO di pawagam tersebut.